Seorang lelaki menelepon hospital untuk memberitahu yang isterinya mau bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telepon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya mau bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama kah?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Erkkk..."
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dia pun malu macam mau gila dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dia keluar. Psychologist tu pun cakap lah, "Cik... keluar lah... apa mau malu-malu... perkara biasa ja ni." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ada 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu ja, wanita muda tu terus meraung bagai mau gila lalu berkata, "Yang tu pun saya jugaaaa, uhwaaa..!!!"